Sabtu, 19 September 2009

asam garam

Kecaman asam garam ahli politik'


Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap kritikan dan kecaman terhadapnya termasuk apa juga penghinaan adalah asam garam yang perlu diterima sebagai ahli politik.
tindakan seorang perwakilan MIC yang mencadangkan supaya menggantung kalungan selipar pada gambarnya kerana marah dengan teguran beliau kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini juga bukan sesuatu yang baru.

Dr. Mahathir berkata, beliau boleh menerima apa juga komen atau kecaman yang dibuat terhadapnya kerana ia tidak bermakna orang lain tidak lagi menghormatinya sebagai seorang negarawan.

"Sebagai contoh, selepas saya meletak jawatan, beberapa pemimpin UMNO mengecam saya kerana mengkritik keputusan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) mengenai jambatan bengkok dan beberapa perkara lain.

"Saya tidak berkata apa-apa mengenai itu dan tiada sesiapapun yang marah dengan pemimpin UMNO itu kerana mengecam saya. Mereka takut apa yang saya kata itu akan melukakan hati Perdana Menteri ketika itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan